Ucapan yang paling dianjurkan (sunah) saat bertemu sesama Muslim di hari raya adalah mendoakan diterimanya amal ibadah, yaitu:
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
(semoga Allah menerima [amal] dari kami dan dari kalian). Tradisi ini berasal dari kebiasaan para sahabat Nabi Muhammad saw.
فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .
Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa apabila para sahabat Rasulullah saw bertemu pada hari raya (Idul Fitri atau Idul Adha), sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain: “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).”
Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan.
قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.
Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka” (Semoga Allah menerima segala amalan daripada kami dan daripada kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka.” (HR Tobrani No: 17589)
Pesan hadis tersebut adalah:
1. Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu agar Allah menerima segala ibadah yang dilakukan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
2. Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim pada hari raya agar segala amal diterima Allah ialah
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكم
(Semoga Allah menerima [amal ibadat di Ramadan] dari kami dan kamu)
Semoga ucapan ini akan mengeratkan hubungan sesama Muslim dan memberi semangat kepada kita.
3. Hari raya bukan sekadar hari kegembiraan, tetapi hari mengharapkan penerimaan amal oleh Allah setelah beribadah sepanjang Ramadan. Islam menggalakkan saling mendoakan dan mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.
4. Ucapan hari raya seharusnya mengandungi doa dan makna yang baik, bukan sekadar ucapan kosong.
5. Selain daripada itu kita juga digalakkan saling ziarah menziarahi agar dapat merapatkan ukhuwwah. Nabi Muhammad saw pernah bersabda :
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya.” (HR. Bukhari : 1961). (*)





0 Tanggapan
Empty Comments